Followers

Wednesday, July 15, 2009

Soto dan karipap lagi...


Sebenarnya soto ni menu malam semalam.Terhinggin pulak tekak ni nak makan soto.Sebab masa jalan2 kat pasar malam nampak cam sedap jer soto orang tu jual.Nak beli rasa macam nak buat pulak.Perasan tu kalo buat sendiri tentu puas makan,boleh tambah2 lagi.Lagipun soto nasi atau soto meehoon ni feberet anak2.Lagi satu,kalo masak soto ni mesti ada 2 versi,nasi empet dan meehoon.Ramai anak2 tekak...

Ni pula karipap.Cadang lama dah nak membuatnya,tapi takde masa.Terlanjur nak balik kampung aku gagahi juga untuk membuatnya.Buat intinya sesudah subuh pagi tadi.Dohnya pun aku sediakan selepas masakkan intinya.Pastu aku rehatkan sampai balik dari sekolah tengahari tadi.Pukul 3 start mencanai dan berakhir pukul 7.30 malam.Aku buat 2kg,konon2 untuk makan sendiri.Dalam masa mencanai dan mengelim tu ada pula' iklan2' sampai ada orang tahu yang aku buat karipap.Cek Ti dengan Cekpah.Cekpah minta 10hinggit.Cek Ti pulak makan kat sini jer.Suruh tapau x mau,segan konon...esok2 aku hantar la kat umah Cek Ti tu sekotak....Kepada yang lain-lain tu jom layan jer la...

0 comments: