Hari ini 1 julai 2009 sekali lagi terima elaun anak(OKU)berjumlah RM540 untuk 2orang.Ini adalah pembayaran untuk bulan April,Mei dan Jun.Bersih sebersihnya setelah ditolak dari duit yuran dan duit makan.Seperti biasa elaun yang JKM bagi RM150 sebulan.Tolak duit makan RM40 dan yuran RM20 sebulan.Tinggal lah RM90 hinggit untuk sebulan dan itu untuk seorang anak.Tapi aku mempunyai 2 orang anak OKU.RM90x2x3bulan...
Ni nak cakap kat sini jer la,orang kata cakap sini habis kat sini.Tolak 40 hinggit sebulan untuk seorang anak tu terlalu banyak sangat pada aku,kerana anak aku bukan pemakan sangat budaknya.Nabila,semua orang yang mengenalinya tahu bahawa dia memang tak banyak makan.Begitu juga Firjani 4tahun,banyak benda yang dia tak makan.Kalau makan pun sedikit sangat,tak sama nilai yang pihak sekolah potong dari elaun tersebut.Lagipun aku sendiri tak nampak apa2 yang menampakkan dari kesan2 pemotongan tersebut.Nak cerita lebih detail lagi boleh,tapi takut lah nanti ada pula mana2 pihat yang tersentuh,maaf cakap lah...
Wednesday, July 1, 2009
Elaun anak OKU di PDK...
Posted by Leyza at 12:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment