Followers

Saturday, January 30, 2010

Roti croissant lagi...


Awal aku bangun arini.Bila terjaga aku dengar Firjani bukan main riuh sekali mulutnya.Berapa jam la dia tido malam td.Pukul 1 pg xtido lagi tu,tapi bangunnyer sebelum aku bangun dia dh bangun.Begitulah dia sesekali memang bermasalah tido malam....ni bukan nak cerita masalah anak aku Firjani,tp nak cerita psl aku buat roti sebenarnya.Ha..roti ni aku buat untuk bf and untuk student aku masa kelas nanti.layanz la ye kalo masih ada yang xjemu2 tengok blog aku ni...

Friday, January 29, 2010

Kelas BCT 30 Jan 2010...


Kelas kali ni hanya seorang saja yang sertai.Kalo tak ada 3 orang lagi tapi disebabkan ada hal mereka minta hari lain pulak.Kalo dah seorang jer studentnya maka sunyi la sikit kelas hari ini.Walo bagaimanapun ok la, kak Raudhah pun rasa puas hati apabila menyertai kelas ini...tapi dia minta agar gambarnya tidak di masukkan dalam blog ini....

Saturday, January 23, 2010

Sambutan Harijadi di PDK Pekan Nanas

Pada 21 Januari 2009 (Khamis) yang lalu, PDK Pekan Nanas telah mengadakan majlis sambutan harijadi pelatihnya. Sungguh meriah walaupun sederhana.

Pelatih sungguh gembira kerana dapat berkumpul dan makan bersama rakan-rakan mereka. Menu utama, nasi ayam disamping juadah-juadah yang lain seperti cheese cake, dadih dan buah-buahan yang disumbangkan oleh komuniti PDK Pekan Nenas dan ibubapa.

Sikap AJK Komuniti PDK Pekan Nanas yang sangat mesra OKU patut menjadi contoh kepada PDK-PDK yang lain. PDK tidak harus digunakan untuk keuntungan diri dan kepentingan politik peribadi. Sebaliknya kitalah yang patutnya menyumbang tenaga dan wang ringgit kita sendiri untuk faedah dan keperluan pelatih dan PDK.

Walaupun ada di antara pelatih-pelatih ini telah tidak lagi hadir ke kelas harian kerana telah bekerja tetapi mereka sekali sekala datang juga ke PDK Pekan Nanas ini untuk berjumpa rakan-rakan dan guru di sini.

Yang menariknya, guru dan AJK komuniti PDK Pekan Nanas ini, mereka bukan sahaja mesra OKU tetapi juga tidak pernah memotong elaun pelatih dan tidak mengutip apa-apa bayaran yuran dari pelatih.

Mereka sangat memahami masalah dan beban yang ditanggung oleh pelatih OKU ini dan ibubapa mereka.

Layanlah gambar-gambar suasana pada majlis tersebut.

Wednesday, January 20, 2010

Marble cheese cake...




Marble cheese cake aku buat 3 adunan.2 untuk di bawa ke sekolah Firjani esok.Sebab esok ada besday party untuk pelatih PDK.1 lagi untuk makan2 sendiri kat umah...

Sarapan pagi...


Curry puff ni buat pagi2 lagi untuk sarapan anak2 dan untuk bekal ke sekolah Firjani.Ni kali kedua aku buat,amek resepi dari dapur cik mat gebu.Sape2 yang nak resepi curry puff ni g la cari kat dapur owg tu...macam2 ada...

Tuesday, January 19, 2010

Projek ahad lepas...

roti croissant berinti sardin

roti cheese

konon2 roti horn...


karipap sardin
Pagi ahad yang lepas aku buat karipap sardin.Konon2 stok untuk bawa ke sekolah.Buat tak banyak 1kg jer.Tapi inti sardin tu banyak lagi lebih.Petangnya pulak meroti lagi.Kali ini roti croissant sardin.Buat 2 adunan juga untuk bawa bekal ke sekolah Firjani ngn Nabila.Dapat la cikgu2 kat sana merasa roti homemade ni...



Thursday, January 14, 2010

check out...























...bersantai2 di SGH...


...nasib baik Nabila tak banyak kerenah

...yang ni lagi ,happy jer bila berjalan2...


...yang sorang ni pulak banyak cerita...



...ini lah dia makcik Misah ngn En Wan Jusoh jiran lama...

...melayan anak2 swimming




Swiss Garden...

...perjalanan diteruskan kitorang stay semalam di SwissGarden Hotel.Sempat juga menziarahi kawaan lama atau jiran lama yang tinggal depan rumah dulu.Sungguh2 no makcik Misah ni ajak ke rumahnya...makcik ni dok kat Keramat Permai...


Ziarah...

Minggu lepas 8hb naik ke KL.Bertolak lepas sembahyang Jumaat,semua anak2 ikut.En hubby ada kerja sikit kat KL.Sambil2 tu kami semua mengambil kesempatan untuk menziarahi saudara mara yang kurang sehat.Dari JB mula2 singgah di GH Seremban.Sampai pun dah pukul 8mlm.Pastu meneruskan perjalanan ke Bangi dan tidur semalam kat rumah kak Long.Pagi esoknya pula pergi ziarah sorang lagi sedara yang kat Shah Alam pula.Dia ni berada di wad icu.Alhamdulillah beransur sembuh sekarang...

Wednesday, January 13, 2010

Masak bubur lambuk di PDK...

Tuesday, January 12, 2010

Salam semua,
Kelas blueberry cheese tart akan diadakan seperti di bawah

Hari: Sabtu (16hb Jan 2010)
Jam: 1opagi
Tempat: 46 Jln.Meranti 13,Tmn Sri Pulai

Keterangan lanjut boleh hubungi terus melalui
017 7268090
07 5205663

Here we come!




Pada hari Rabu 6hb Jan 2010 aku menghantar kedua2 anakku Firjani dan Nabila di PDK baru,iaitu PDK Pekan Nanas.Maka bermulalah di sini penghijrahan aku...Alhamdulillah,so far so good cikgu2,penyelia mahupun pelatih2 yang lain semuanya baik2 dan bermacam2 ragam mereka ni semua.Mereka semua yang baru ku kenali seolah2 dah kenal lama.Di sini parent semua dibenarkan bersama2 dengan pelatih.So,tiada masalah pada aku sebab kalo nak balik semula jauh.Berbanding dengan PDK yang lama,parent tidak dibenarkan bersama2 pelatih.Masalah betul padaku!Nasib baik ada seorang kawan yang tinggal berdekatan di tempat tu.Hari2 aku bertandaang kat umah dia.Pada kawanku tu,terima kasih bebanyak kerana memahami masalah ku....