Followers

Wednesday, April 29, 2009

Salam pada semua pengunjung...
Lama rasanya tak updatekan blog ni sampai ada yang dah sound bz sangat ke bila nak updatekan en3 baru... maafkan la pada yg sound tuan tanah camtu.Actly memang pun sejak kebelakangan ini memanjang bz.Mengecat rumah siap dah hampir 99%,1% lagi berus,roller dan yang lain2 tu masih tersadai kat luar rumah tu lagi.Balik dari sekolah tengahari lepas makan sembahyang mata mula mengantuk.Baju yang belum berlipat dah menggunung sejak beberapa hari di atas sofa depan... di atas meja makan pulak macam2 ada...buku macam2 buku.diary jer 3 buah,kertas periksa,helaian kertas potpolio,cawan bekas minum air,ngan flash card bersepah2,cebisan2 gunting kertas yang anak tampal kat buku sekolah diorang terabur sana sini...aduiii fening kafala dibuatnya,hari2 camni...kadang2 mencecah tahap fed-up pun ada.Last2 aku biokan jer,penat tau!...orang tak tau ke????kalo tak tau pun takpe la,tapi tolong la...tolong jangan menambah-nambahkan lagi kusut yang dah berserabut dalam kepala ni...tolong la...akupun manusia biasa banyak kelemahan,lebih2 lagi aku ni wanita,isteri juga ibu kepada anak2 aku...

Aku adalah aku sendiri,tak payah nak mengajar kerja yang aku sendiri dah tahu,tapi ajar lah apa yang aku tak tahu.Aku buat kerja aku ko buat kerja ko.Aku tak mahu mengganggu hidup ko lagi ,ko boleh buat apa saja yang ko suka nak buat dan kalo boleh tak nak minta apa2 lagi dari ko.Kekadang aku rasa sedih sangat sampai tahap maut bila apa yang kita buat orang tak hargai.Bukan bermakna apa yang aku buat aku minta didokong atau dibayar atau ucapkan terima kasih...tidakkkk...tapi cubalah fahami aku,aku ni penat,banyak kerja,sungguhpun aku ni tak bekerja banyak benda yang aku nak fikirkan...

....nanti sambung kalo ada masa

Wednesday, April 15, 2009

Elaun anak oku..


Sebulan Rm150 untuk seorang anak
Diberi setiap 3bulan sekali oleh pihak JKM
dari jumlah itu ditolak:

makan di sekolah Rm40 sebulan
1minggu 4hari sekolah
sebulan lebih kurang 17-18 hari ke sekolah
yuran Rm20 sebulan
kos pengangkutan Rm100 sebulan

(...aku mempunyai 2orang anak oku....cuba kirakan...)


Hari ini aku menerima sejumlah wang Rm660 dari pihak sekolah(JKM)
Sepatutnya dari awal bulan Mac dah dapat,tapi tak tahu la macamana boleh lewat dapat.Mungkin aku dan pihak2 yang tertentu saja yang tahu....
Anyway syukur kepada Allah yang tak terhingga di atas rezeki yang diberikan untuk anak2 teristimewa seperti anak2 aku...

...dari sejumlah wang itu aku ambil sedikit untuk bagikan pada anak aku yang sorang tu...Afiff.Konon2 saguhati ataupun macam upah la gitu...sebab dia ni rajin sikit menjaga adik dan kakak nya yang oku tu.Masa aku hulurkan duit itu padanya,dia tanya duit apa...aku kata duit upah jaga Billa."banyak ni, tak payah laaa"(terperanjat gak aku,bio betul budak ni..)...tak tau la aku samada Afiff ni buat2 tak nak atau memang dia ikhlas...

Tuesday, April 7, 2009

Mini Tuna Puff...(resepi CMG)

BAHAN-BAHANNYA :

1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin
tuna
*1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi,
perah jusnya
*2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam
*Secubit garam*
(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul
sedikit


CARA MEMBUATNYA
Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian.
1 bahagian dikelar sebanyak 4
garisan, tapi jangan putus.
1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian
tuna.
Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu.
Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega.
Buat hingga siap.
Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah
dipanaskan pada suhu
200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing.
Sejukkan atas
jaringan sepenuhnya...

Curry puff...(resepi CMG)

BAHAN INTI


2 biji kentang, kupas dan dadu kecil, rendam dalam air
1 biji bawang besar,
didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar serbuk kari ikan
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tuna, toskan
1 camca besar sos
tiram
2 camca besar kicap cair
1 cawan air
Sedikit gula
Beberapa
helai daun kari



CARA MEMBUATNYA


UNTUK INTI
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis
bawang besar dan daun kari hingga wangi, masukkan bawang putih dan sos tiram,
kacau rata dan tuang sedikit air.
Masukkan rempah kari dan masak hingga
garing, masuk tuna, serbuk lada hitam dan kentang, kacau dan tambah air.
Tuang kicap cair, kecilkan api dan masak hingga kentang empuk.
Akhir
sekali masukkan sedikit gula, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Sejukkan inti sepernuhnya...

UNTUK CURRY PUFF
Ambil sekeping pastry puff (mat guna yang berukuran 4 x 4 inci), potong dua,
isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan
putus.
Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat
dengan pastry bahagian bawahnya.
Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah
dilenser dengan sedikit mentega.
Buat hingga siap.
Sapu kuning telur
pada permukaan pastry dan tabur sedikit lada hitam kisar.
Bakar dalam oven
yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit.
Kalau oven ada fungsi
kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan
.

Bakwan Tiram Pedas...(resepi CMG)

BAHAN-BAHANNYA :(A)
1 cawan tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
1/2 cawan tepung beras*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur
3 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
3/4 cawan air ( kurang lebih)

B

2 biji cili padi, hiris halus (mat guna 1 biji cili merah)
80 g cendawan tiram, potong kecil
1 genggam hirisan kobis (mat ganti dengan 1 biji bawang besar)
1 pokok daun bawang, hiris halus

CARA MEMBUATNYA


Satukan bahan2 "A" dan kacau hingga sebati.
Masukkan bahan "B", gaul hingga rata. Ketepikan sebentar.

Panaskan minyak dalam kuali, rendam sudip leper dalam minyak tadi dan biar hingga panas.
Tuang satu camca besar adunan no. 1 atas sudip panas dan rendam dalam minyak, biar hingga adunan timbul.
Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga siap. Hidangkan bersama sos cili atau tomato untuk minum petang.....

Saturday, April 4, 2009

...sandwich crab stick...

Penyediaan:

karot

lattuce/kobis

(kedua2nya dimayang halus)

crab stick(celur ngan air panas dan di mayang halus)

serbuk lada hitam

mayonis

sedikit garam

Caranya:

Campurkan kesemua bahan dan digaul rata.

sapukan pada roti...

Thursday, April 2, 2009

...cupcake...(resepi Kak E)

KEK CAWAN

(Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)

Bahan-bahannya

250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila


Cara membuatnya

1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz
sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.


glitter-graphics.com

...di dapurku...simple n sempoi jerk







Wednesday, April 1, 2009

Photobucket

...ini la dia muffin coklat meleleh...jgn ingat muffin hangus pulak!

Photobucket

...petang ni agak terlebih rajin sikit..
buat cheese muffin dengan muffin coklat meleleh..resepi CMG

Photobucket
...menu utama malam tadi...
lemak cili api ayam kg bersama kacang


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam kampung
kunyit sebesar ibu jari
segenggam cili api
4 batang serai dititik
2 biji kelapa
sekeping asam keping

Cara membuatnya:

Ayam dibersihkan dahulu dan dimasukkan kedalam kuali
Tumbuk atau blend cili api,kunyit dan sedikit serai kemudian
masukkan bersama ayam tadi dan masak sehingga ayam tadi hampir kering
kemudian masukkan santan dan masak kan ayam tadi hingga empuk...

...masakan orang negeri sembilan ni takyah pakai bawang2...