Followers

Thursday, August 6, 2009

'Anugerah' (Fara Nabila)

Fara Nabila anak sulungku lahir 18tahun yang lalu.Lahir secara normal.Dalam masa 2tahun keadaannya tak jauh beza seperti kanak2 yang lain,cuma yang agak ketara dia lebih suka menyendiri dan tidak boleh bercakap.Kami bawanya berjumpa doktor dan akhirnya doktor mengesahkan anak kami autistik atau autism.
Kami blur ketika itu dan tak tahu apa itu Autism dan tak dapat nak bayangkan keadaannya selepas ini.Akhirnya barulah kami faham setelah doktor memberi penerangan bahawa kanak2 Autism ini mempunyai ciri2 seperti ini,seperti ini....
Hari2 yang kami lalui memang berbeza,maklumlah membesarkan anak2yang istimewa tak sama dengan membesarkan anak2 yang normal.Dengan tingkahlakunya yang agak hiperaktif,kekadang marah dengan tiada sebab atau mungkin disebabkan perkara2 kecil yang kita sendiripun tak perasan.Padanya sesuatu itu mesti buat,tak boleh tak buat,contohnya la.Memang mencabar dan perlukan banyak kesabaran dan pengorbanan.Masalahnya kita tak dapat memahaminya dan dia pula susah nak memahami kita.Dari situlah dia marah2,mengamuk dan pukul2 diri sendiri.
Kurang lebih 10tahun yang lalu tak banyak rawatan atau terapi yang ada ketika itu berbanding sekarang.Apatah lagi ubat atau penawar untuk pesakit seperi ini.Penerangan mengenainya juga kurang kami terima.Pada masa itu masalah,masalah juga dalam membesarkannya tapi masih mampu kami mengatasinya mungkin ketika itu dia masih lagi kanak2. Tetapi setahun 2ini dia semakin meningkat remaja cara,sikap,perangainya juga berubah2.Sesekali membuatkan saya juga hilang sabar.Cubit,pukul rotan,tampar tak ada maknanya.Dia tidak akan serik dan tak menjadi apa padanya apatah lagi merasa sakit.Akhirnya saya sendiri yang menangis dan menyesal selepas itu.Walhasil saya biarkan selagi tidak membahayakan dirinya juga dan orang lain.
Saya hanya mampu berdoa semuga diberikan kesabaran dan kekuatan.Orang lain mereka tak akan faham apa yang kami sekeluarga tanggung,mereka hanya mampu mendengar saja. Pernah lebih kurang 4tahun yang lalu masa itu saya pregnant 7bulan mengandungkan anak no6(anak yang istimewa juga Down syndrom).Masa tu tengah makan.selalunya dia makan mesti tambah lagi.Kali kedua untuk tambah tu dia cari kicap.Memang biasanya camtulah dia akan cari kicap.Nak jadikan hal hari itu kicap pulak habis.dia mengamuk,menghempas2pinggan dan pintu peti ais.Puas saya cuba menenangkannya tapi tak boleh.Sayapun teruk dikerjakannya.Cubit2 tarik2 tangan dan dipukul2nya saya.Menjerit2 dan menangis usah lah kata,rasanya satu Taman tampat tiggal saya boleh dengar.Ya allah saya begitu tertekan.Tuhan saja yang tahu sedihnya saya ketika itu.Saya menangis dan 'mengongoi'macam budak2 ketika itu.Bayangkan sebab kicap saja....Lepas dari peristiwa itu kicap di rumah saya tak pernah terputus.
Dulu2 kami sering keluar jalan 2 bersama pergi shoping,mandi manda di pantai2,pergi ke majlis2 tapi sekarang ni banyak masa kami tinggalkannya di rumah.Sebabnya dia seolah2 merancang atau mengaturkan cara2 kami.Contohnya bila shoping belanja barang2 dapur,ada barang yang boleh kami ada yang tak boleh beli.Bila kami masukkan barang yang hendak dibeli ke dalam troli dia keluarkan balik.Bila jalan2 ke pantai katakan,dia akan kerap pergi ke tandas berulang2 kali.Masalahnya dia tidak ada perasaan malu,dari jauh dah ditanggalkan seluarnya.
Lagi satu contoh bila balik kampung.Kami asal JB kampung N9.Bawa bekal air berbotol2 sebagai bekalan.Jangan sekali kita mulakan minum,habis semuanya dia minum selepas itu.Dia memaksa dirinya untuk minum semua air itu.Bayangkan...nak buang air tak boleh bercakap jadinya 'terbuang'la air dalam kereta,dengan beg2 kain baju,adik2nya lagi...
Baru2 ni pulak satu lagi perangainya yang betul2 menguji kesabaran.Dia tak nak pakai baju seluar,sarung tilampun dia buang,apa ada dalam toiletpun semua dia buang.Najis dia sendiri pun dia cekut entah macamana buang kat tingkap.Period memanglah tak mahu pakai pad.Tuhan memang menguji kesabaran saya.
Dia saya kurungkan dalam satu bilik pintunya saya buatkan gril.Sesekali baru saya keluarkan dia.Saya sedih sangat melihat keadaannya.Rasanya penghuni di Hospital Permai lebih baik keadaanya berbanding dia.Tak sanggup rasanya saya menjaga dia dengan keadaannya seperti itu.Saya dan suami membuat keputusan untukmenghantarkannya ke HP.Bukan niat kami untuk membuang atau menyisihkan dia dari hidup kami,tidak sesekali.Tapi kami dah putus asa dah tak tahu nak buat apa lagi untuknya,dengan harapan bila kami hantarkan dia ke sana dia kan dapat pulih dan dapat apa yang sepatutnya dari pakar.
Dalam pada itu di fikiran saya selalu tertanya2 apakah betul apa yang saya lakukan ini....Kamipun berjumpa doktor sakit jiwa untuk minta nasihat bagaimana cara2 untuk masukkan anak ke HP.Tetapi apa yang berlaku,doktor kata anak kami tidak layak masuk diHP kerana anak kami bukannya sakit jiwa tapi dia dikira terencat akal.Doktor nasihatkan jika perlu dia boleh masuk ke Taman sinar Harapan dan dalam pada itu dia perlu mengambil ubat.,hinggalah dari ini...Kes mohon masuk ke TSH tak nampak apa2 pun respon...Alhamdulillah,sebab makan ubat di samping berdoa pada Tuhan ada juga nampak sedikit perubahan pada dirinya.Buang2 najis cuma sesekali saja,Semuga Allah masih lagi mendengar rintihan saya dan memberi lebih lagi kesabaran dan kekuatan untuk hari2 seterusnya.....Amin....
P/s...Bukan niat di hati saya di sini untuk menceritakan keburukkan atau aibkan tentang dirinya apalagi menyesal mempunyai anak sepertinya,tapi ianya lebih kepada berkongsi pengalaman pada sesiapa saja yang singgah ke tread ini....

2 comments:

umi_e said...

Ya Allah... kak e begitu kagum dengan kesabaran leyza... kak e berdoa semoga leyza terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT...

Mat Gebu said...

salam lyeza...seperti kak e, saya pun turut kagum dgn tahap kesabaran anda...Yelah orang yg melihat dan membaca cuma boleh bersimpati sahaja, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...Saya doakan lyeza murah rezeki dan diberi kesihatan dan kekuatan....