Followers

Sunday, August 30, 2009

Agar-agar buih...



Agar-agar ini adalah sumbangan dari akak yang dok kat taman sebelah nun di sana.Pulai emas.Kak Teh namanya.Kak Teh ni adalah kembar kak e...masa kak teh htr agar-agar ni aku baru balik dari bazar ramadhan.so,takde apa2 nak balas balik...

Wednesday, August 26, 2009

Puding tauhu lagi...



Ini pula puding tauhu dari cekpah...resepi yang sama

Tuesday, August 25, 2009

Puding tauhu...


projek untuk raya...






Ini adalah projek untuk musim raya yang akan datang.Ada sorang kawan ni dari Mersing nak turun Jb pada puasa yang ke 10 nanti.Kiranya kuih ni untuknya lah.Mengikut perjanjian (tapi xde hitam putihnya) kawan aku ni akan bawakan langsir konon2 kontra la.So,keje aku buat kuih jer lah xde nk fikir2 pasal langsir.Ok kan kalo gitu...?....

Friday, August 21, 2009

Tempahan kole kacang...






Hari ini bangun awal sikit sebab nak siapkan tempahan kole kacang.Oder dari kawan baik Zarina namanya.Member ni la punya catering service yang aku ikut sejak 3hari yang lalu.Disebabkan kekurangan kakitangan aku di minta membantunya.Kini giliran aku pula membalas jasa baiknya pula.Alhamdulillah,dapat juga aku menyumbangkan tenaga untuk membantunya.Tu pun bukan saja2 tolong tapi diberi upah lagi.Mana tapau makanan2 lagi,adoyai ...Semuga Tuhan menambahkan lagi rezeki untuknya...Selama ni dia banyak membantu atau menolong aku tumpang di rumahnya sementara menunggu anak di PDK.Mana jer dia pergi aku mengekor.Kalo kat umah,umahlah.Kalo ke ofis,ofis la.Temasuk lah g minum pagi kat mana2 warung...

Thursday, August 20, 2009

Marmar fancy or shortbread...



1st time praktik kan selepas belajar dari kak Siti(Batrisyia delights)Ok tak kak Siti?corak marble tu kureng sikit rasanya.maklum menggigil gak masa buat tu...bab nak pasang cutter dia tu satu hal,pasang2 tetanggal,pasang2 tetanggal.Tu la tadi dah kata 1st time....

Monday, August 17, 2009

Blueberry roll tart...






Petang tadi cuba buat blueberry roll tart pulak.Ikut resepi dan tunjuk ajar dari kak Siti (batrisyia delights).Ha ,tu la rupanya.Warna kureng mengancam sikit sebab tak cukup pewarna,coklat jadinya.Walopun gitu rasanya tak lari kot!Roll tart ni termasuklah salah satu menu kuih raya tahun ni,Insyallah...

Saturday, August 15, 2009

2nd student bct....








student kali ni ialah makcik Rani ngn makcik Nani.Makcik Rani ni teman aku sekampung,sesekolah lagi.Kami kenal sedari kecil lagi.Main basikal,main ye ye,main police century dan macam2 lagi kami main bersama masa kecik2 dulu,termasukla sorang lagi yang kat blogger sana tu...Anatahir...
Manakala makcik Nani ni aku kenal masa aku mula2 dok kat Jln Meranti TSP ni.Dia la teman usra,teman mengaji atau tadaruss.Dia juga guru ngaji pada anak2 aku...
Kelas bct ni bermula lebih kurang pukul 10pagi dan berakhir pada pukul 1tghari.Sebelum balik sempat lah makan sikit.Bukan la makan special pun cuma ikan merah goreng,daging goreng dan sambal belacan atau sambal asam.takde sayur2 pun,maklum hujung minggu stok habis...

1st student blueberry cheese tart...

Tak sangka la pulak boleh jadi mentor buat cistat pada kengkawan sekampung kat sini.Sejak dapat pentauliahan dari Batrisyia Delights dalam bidang bct,dah mula ambil tempahan sikit2.Walopun pada mulanya takde niat langsung nak membisnez.Tapi syukur Alhamdulillah,sokongan dari kengkawan aku semua membuatkan aku bersemangat untuk menjebak kan diri dalam bisnez.
Lebih2 lagi ada di antara mereka itu meminta aku mengadakan kelas.Mulanya aku tak confident tapi bila difikir2kan,ala apa salahnya,dia orang tu semua kengkawan aku jugak.So aku teruskan la menunjuk ajarkan pada dia orang tu semua.Sambil2 tu dapat jugak menambah2kan income....ye tak?

Sunday, August 9, 2009

kiriman dari kak e kelmarin...




Inilah kiriman dari kak e pada leyza kelmarin.leyza terima pada malam selepas buat minum2 petang aritu.Maaf lah kak e terlalu lama terperok dalam kamera dan tak sempat2 untuk di postingkan kat blog.Terima kasih kak e di atas kiriman cenderahati yang amat berharga tu.Akan leyza simpan leklok sebagai tanda kenangan dari kak e,walopon kita tidak pernah bersua lagi.Pada kak teh,terima kasih jugak sebab kak teh terpaksa jadi orang tengah pulak dalam proses penghantaran barang,hehehe...

Thursday, August 6, 2009

...satu lagi 'anugerah'...(Fathi Firjani)

Hampir 4th yg lalu aku telah melahirkan seorang anak perempuan DS.aku melahirkannya melalaui pembedahan disebabkan keadaannya yg disyaki songsang.Semasa deliver dia tak terus menangis,agak lama sikit baru dia menangis.
Doktor memberitahu ayahnya bahawa bayiku memerlukan pembedahan segera disebabkan bayi kami tidak ada lubang najis.Alangkah sedihnya aku ketika itu Tuhan saja yg mengetahui.Aku di hospital sini,bayiku di hospital sana.
Tinggallah aku mengubati hati yg sedih ketika itu.Orang lain yg menziarah rakan2 di wad itu semua ada baby,tapi aku...aku masih lagi belum tahu bayi aku Ds,mungkin doktor tak mahu saya susah hati sebab darah aku tinggi masa tu.
Dalam masa tlantar di katil tu tetiba tdengar suara2 staf yang btanyakan mana baby lagi satu.Dia orang kata baby satu lagi masuk hospital disebabkan Ds dan tiada lubang najis.Ya Allah aku beristigfar panjang.......semuga diberi kesabaran dan kekuatan.
Aku pujuk hatiku ini Ds ,Ds la yg penting bayiku selamat dlm pembedahan itu.Aku cuba membayangkan bagaimana tubuh sekecil itu dibedah....Dari situlah aku tahu bayi ku Ds.Keluarga dan suami masih lagi tak memberitahuku kerana mereka semua tak mahu aku risau dan susah hati.Penah aku tanyakan bayi itu tak ada masalah lain ke?Takda jawab dia orang.
Namun di hati kecilku,aku dah memang bersedia dengan ketentuan Illahi ini.Setiap kali aku sentiasa berdoa agar aku selamat melahirkan dan semuga aku dikurniakan bayi yang sehat dan sempurna sifatnya.Andainya itu merupakan ketentuannya maka aku redha.Tuhan memang menduga kami sekeluarga .Sekali dua Tuhan anugerahkan kami semua anak istimewa.Yang sulung autism dan no 6 Down Sindrom.
Selain tiada lubang najis tadi dia juga mengalami masalah jantung belubang,tp Alhamdulillah tak berapa kritikal,sekarang pun lubang jantung tu dah tertutup.Tapi kini masalah pendengaran pula..dia mengalami masalah pendengaran yg teruk pula,dan memerlukan alat bantuan pendengaran....
Bersyukur sangat2 keadaannya betambah sehat sekarang ini,kalo dulu kejap2 kena g hospital tapi sekarang ni kurang dah.20hb Mei 2009 genaplah umurnya 4tahun....tapi masih belum boleh bejalan.....

'Anugerah' (Fara Nabila)

Fara Nabila anak sulungku lahir 18tahun yang lalu.Lahir secara normal.Dalam masa 2tahun keadaannya tak jauh beza seperti kanak2 yang lain,cuma yang agak ketara dia lebih suka menyendiri dan tidak boleh bercakap.Kami bawanya berjumpa doktor dan akhirnya doktor mengesahkan anak kami autistik atau autism.
Kami blur ketika itu dan tak tahu apa itu Autism dan tak dapat nak bayangkan keadaannya selepas ini.Akhirnya barulah kami faham setelah doktor memberi penerangan bahawa kanak2 Autism ini mempunyai ciri2 seperti ini,seperti ini....
Hari2 yang kami lalui memang berbeza,maklumlah membesarkan anak2yang istimewa tak sama dengan membesarkan anak2 yang normal.Dengan tingkahlakunya yang agak hiperaktif,kekadang marah dengan tiada sebab atau mungkin disebabkan perkara2 kecil yang kita sendiripun tak perasan.Padanya sesuatu itu mesti buat,tak boleh tak buat,contohnya la.Memang mencabar dan perlukan banyak kesabaran dan pengorbanan.Masalahnya kita tak dapat memahaminya dan dia pula susah nak memahami kita.Dari situlah dia marah2,mengamuk dan pukul2 diri sendiri.
Kurang lebih 10tahun yang lalu tak banyak rawatan atau terapi yang ada ketika itu berbanding sekarang.Apatah lagi ubat atau penawar untuk pesakit seperi ini.Penerangan mengenainya juga kurang kami terima.Pada masa itu masalah,masalah juga dalam membesarkannya tapi masih mampu kami mengatasinya mungkin ketika itu dia masih lagi kanak2. Tetapi setahun 2ini dia semakin meningkat remaja cara,sikap,perangainya juga berubah2.Sesekali membuatkan saya juga hilang sabar.Cubit,pukul rotan,tampar tak ada maknanya.Dia tidak akan serik dan tak menjadi apa padanya apatah lagi merasa sakit.Akhirnya saya sendiri yang menangis dan menyesal selepas itu.Walhasil saya biarkan selagi tidak membahayakan dirinya juga dan orang lain.
Saya hanya mampu berdoa semuga diberikan kesabaran dan kekuatan.Orang lain mereka tak akan faham apa yang kami sekeluarga tanggung,mereka hanya mampu mendengar saja. Pernah lebih kurang 4tahun yang lalu masa itu saya pregnant 7bulan mengandungkan anak no6(anak yang istimewa juga Down syndrom).Masa tu tengah makan.selalunya dia makan mesti tambah lagi.Kali kedua untuk tambah tu dia cari kicap.Memang biasanya camtulah dia akan cari kicap.Nak jadikan hal hari itu kicap pulak habis.dia mengamuk,menghempas2pinggan dan pintu peti ais.Puas saya cuba menenangkannya tapi tak boleh.Sayapun teruk dikerjakannya.Cubit2 tarik2 tangan dan dipukul2nya saya.Menjerit2 dan menangis usah lah kata,rasanya satu Taman tampat tiggal saya boleh dengar.Ya allah saya begitu tertekan.Tuhan saja yang tahu sedihnya saya ketika itu.Saya menangis dan 'mengongoi'macam budak2 ketika itu.Bayangkan sebab kicap saja....Lepas dari peristiwa itu kicap di rumah saya tak pernah terputus.
Dulu2 kami sering keluar jalan 2 bersama pergi shoping,mandi manda di pantai2,pergi ke majlis2 tapi sekarang ni banyak masa kami tinggalkannya di rumah.Sebabnya dia seolah2 merancang atau mengaturkan cara2 kami.Contohnya bila shoping belanja barang2 dapur,ada barang yang boleh kami ada yang tak boleh beli.Bila kami masukkan barang yang hendak dibeli ke dalam troli dia keluarkan balik.Bila jalan2 ke pantai katakan,dia akan kerap pergi ke tandas berulang2 kali.Masalahnya dia tidak ada perasaan malu,dari jauh dah ditanggalkan seluarnya.
Lagi satu contoh bila balik kampung.Kami asal JB kampung N9.Bawa bekal air berbotol2 sebagai bekalan.Jangan sekali kita mulakan minum,habis semuanya dia minum selepas itu.Dia memaksa dirinya untuk minum semua air itu.Bayangkan...nak buang air tak boleh bercakap jadinya 'terbuang'la air dalam kereta,dengan beg2 kain baju,adik2nya lagi...
Baru2 ni pulak satu lagi perangainya yang betul2 menguji kesabaran.Dia tak nak pakai baju seluar,sarung tilampun dia buang,apa ada dalam toiletpun semua dia buang.Najis dia sendiri pun dia cekut entah macamana buang kat tingkap.Period memanglah tak mahu pakai pad.Tuhan memang menguji kesabaran saya.
Dia saya kurungkan dalam satu bilik pintunya saya buatkan gril.Sesekali baru saya keluarkan dia.Saya sedih sangat melihat keadaannya.Rasanya penghuni di Hospital Permai lebih baik keadaanya berbanding dia.Tak sanggup rasanya saya menjaga dia dengan keadaannya seperti itu.Saya dan suami membuat keputusan untukmenghantarkannya ke HP.Bukan niat kami untuk membuang atau menyisihkan dia dari hidup kami,tidak sesekali.Tapi kami dah putus asa dah tak tahu nak buat apa lagi untuknya,dengan harapan bila kami hantarkan dia ke sana dia kan dapat pulih dan dapat apa yang sepatutnya dari pakar.
Dalam pada itu di fikiran saya selalu tertanya2 apakah betul apa yang saya lakukan ini....Kamipun berjumpa doktor sakit jiwa untuk minta nasihat bagaimana cara2 untuk masukkan anak ke HP.Tetapi apa yang berlaku,doktor kata anak kami tidak layak masuk diHP kerana anak kami bukannya sakit jiwa tapi dia dikira terencat akal.Doktor nasihatkan jika perlu dia boleh masuk ke Taman sinar Harapan dan dalam pada itu dia perlu mengambil ubat.,hinggalah dari ini...Kes mohon masuk ke TSH tak nampak apa2 pun respon...Alhamdulillah,sebab makan ubat di samping berdoa pada Tuhan ada juga nampak sedikit perubahan pada dirinya.Buang2 najis cuma sesekali saja,Semuga Allah masih lagi mendengar rintihan saya dan memberi lebih lagi kesabaran dan kekuatan untuk hari2 seterusnya.....Amin....
P/s...Bukan niat di hati saya di sini untuk menceritakan keburukkan atau aibkan tentang dirinya apalagi menyesal mempunyai anak sepertinya,tapi ianya lebih kepada berkongsi pengalaman pada sesiapa saja yang singgah ke tread ini....

Sunday, August 2, 2009

gambar semasa bersantai2 haritu...


ni cekpah dengan cek kiah...

Saturday, August 1, 2009

meeting sambil bersantai...

ketibaan...sementara tunggu yang lain2...
pengerusi baru sampai tgh2 majl;is(bertudung putih)
aku terpaksa mempengurusikan majlis sebab pengerusi datang lewat...
Salam semua pengujung blog ini...
Pada hari jumaat 31 julai yang lalu ada buat majlis sikit iaitu majlis bersantai minum petang bersama kengkawan.Kengkawan ni semuanya terdiri dari ajk jiran wanita meranti tmn.sri pulai.Semasa majlis aritu aku selitkan sekali mesyuarat ajk di taman aku ni sekali.Membincangkan pelbagai xtvt dalam bula ramadhan dan juga xtvt2 selepas tu termasuklah dalam bulan syawal nanti.Hari tu pengerusi lewat pulak datang,jadi kena lah aku mempengerusikan majlis kerana aku ni timbalannya...

siap-siap...