Followers

Sunday, June 7, 2009

Ekin balik bercuti dari Tangkak...

Lepas amik Ekin,singgah Jusco Tmn Universiti...
Melayan adik2nya selepas sebulan tak berjumpa...

Ekin dengan kawan dia Ain bersama babah dan adik2nya...
Zetty,Firjani dan Danniel pun ikut menghantar kakaknya Ekin...


Hampir sebulan anak nombor dua aku tinggal di asrama untuk sambung belajar di Metrikulasi Tangkak.Entah macamanalah dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan kawan2 tanpa keluarga.Dari kecil lagi memang kami tidak pernah berpisah,hanya Tuhan saja yang mengetahui hati dan perasaan aku.Ye lah selama ini membesar,belajar buat apapun di depan mata aku.Yang selalu kena marahpun dia la jugak.Malah kena pukul pun ada baru2 ni...biasalah membesarkan anak2 yang sedang meningkat remaja,kekadang hilang juga kesabaran.Dimarah atau dipukul bukan bermakna aku benci dan tak sayang tapi untuk menjadikan anak2 aku ini biar dia mengerti yang kita sebagai keluarga mahukan yang terbaik untuknya.
Bila dah berjauhan terasa juga sunyinya.Teringat apa la anak aku buat kat sana,makan apa,baik2 jer ke...Hari Jumaat baru2 ni dia balik 2hari,terasa kurang lah sikit rindu padanya.Nak masak2 special sikit pun tak sempat sebab esoknya pulak ada jemputan kahwin.Malamnya pulak makan belen yang tapau dari rumah orang kawin siang tadi.Konon2 nak buat cheese cake pun tak sempat sebab hari Ahad tengahari dah nak bertolak ke Tangkak semula.sebenarnya plan macam2 nak buat untuk menyambut anak balik tapi tu la keadaan tak mengizinkan.Insyallah lain kali nanti mungkin ada kesempatan


0 comments: