Followers

Thursday, May 28, 2009

..khas buat umimanja....

khas buat kak umi yang menyambut hari ulangtahun perkahwinannya yang ke-19.Semuga bahagia selalu di samping keluarganya yang tersayang.Kepada kak umi harap sudi lah mengambil "memo" yang tak seberapa ini dari saya sebagai kenang-kenangan.Tadi leyza cuba nak hantar terus ke rumah akak tapi tak boleh...hai kena la bawak sendiri nampaknya



Wednesday, May 27, 2009

kek Semenanjung...(resepi dari Sarawak)




Ini lah hasil yang dah digubah dari resepi kek sarawak kepada kek semenanjung...


...antara para ibu2 yang turut mengikuti kelas masak kek sarawak..



ha...ini lah chef muda dan pembantunya...
Percaya atau tidak ha itulah chef yang mengajar kami untuk membuat kek serawak.Umurnya sebaya dengan anak aku yang no 2,lepasan SPM.Namanya Abdullah Bin abd.Jalil dan pembantunya Mohd Amran.Chef ni actually berasal dari Sarawak,kat semenanjung ni sekolah di asrama Sekolah Hidayah,Johor Baharu.Menurutnya emak chef ni memang menjual kek lapis di Sarawak,beliau tolong membakarkan kek katanya.
Sebenarnya kek yang aku belajar tu dah pun aku gubah menjadi kek asam manis.Kini aku berikan nama kek Semenanjung pulak.Lihat la,aku gunakan 2 pewarna saja,kemudian lapiskan pula dengan kepingan asam manis.Kepada sesiapa yang nak cuba resepi asal kek ini,rujuk lah di bawah...
Resepi Kek Lapis
10biji telur gred A
450gm mentega
200gm horlick
1tin susu pekat
2cawan tepung gandum
11/2cawan gula pasir
1sudu teh ovellet
1/2sudu teh esen vanilla
pewarna mengikut suka
Cara membuatnya:
Pukul mentega bersama gula hingga putih
Masukkan telur satu persatu
Masukkan ovellet
Masukkan susu
Horlick
Tepung gandum
Vanilla
Pewarna( bahagikan kepada beberapa bhg.)
Setiap warna gunakan 2senduk...
Temp.200c
lapisan pertama guna api bawah
seterusnya guna api atas
lapisan akhir setelah masak semua gunakan api bawah 150c.
.....boleh la cuba2....






Tuesday, May 26, 2009

minum petang...











menu hari ini...

lemak pucuk pegaga

peria goreng claypot

sambal udang...altenatif pada yang tak makan ikan...


ikan kembong bercili



choc chip muffin...(azita kitchen)

Bahan-bahan (22 biji) :

Bahan A :
3 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ¼ cawan gula kastor
5 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
½ cawan campuran cokelat chip coklat dan cokelat chip putih

Bahan B :
2 biji telur
2 cawan susu segar
½ cawan minyak

Bahan C :
Cokelat chip secukupnya - untuk taburan
Muffin cup secukupnya

Cara-cara :
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Satukan Bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata. Lubangkan ditengah-tengahnya.
Satukan Bahan B di dalam mangkuk lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau dengan menggunakan garfu atau camca besar sahaja. Cukup sekadar untuk menyatukan kesemua bahan. JANGAN DIPUKUL! Adunan akan nampak macam berketul2.
Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan bakar selama 25 minit.

glitter-graphics.com

kuih siput...ciluk ( resepi azita kitchen)

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 paket rempah kari daging – kecil
1 paket udang kering
2 biji bawang besar
1 camca besar jintan kasar
6~10 tangkai daun kari
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara
Kisar udang kering, bawang besar, jintan kasar dan daun kari.
Gaulkan tepung dengan marjerin hingga berderai.
Masukkan kesemua bahan2 lain termasuk yang telah dikisar. Gaul rata.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
Ambil secubit doh dan tekan di atas acuan kuih siput. Buat sampai habis adunan.
Goreng di atas api sederhana hingga masak dan garing.
Tunggu hingga betul2 sejuk sebelum disimpan di dalam baling kedap udara

Monday, May 25, 2009

...sekitar gambar firjani dan nabilla...








glitter-graphics.com

Bersantai di Bayu Beach Resort....

...kak gg ngan firjani lepak sungguh....



...antara ajk yang bertungkus lumus menyediakan hidangan makan tengahari...




...pemandangan dari bilik Bayu Beach Resort....
Jumaat lepas selepas ambil Zetty dan Azeem dari sekolah petang,aku sekeluarga bertolak ke P Dickson.Kita orang lepak kat Bayu Beach resort.Dah lama kita borang plan sebenarnya.Sampai sana tengah malam la jugak sebab tercari2 lokasinya.Sampai2 ada yang dah tidur sebab lama sangat tunggu kedatangan kami.Tuan rumah iaitu bil(brother -in -low) yang organisedkan programme ini pun tertidur sama.Selain bil n family dia,mil dia n sil dia pun ada sama.Ha dah 4 family tu...tambah lagi ngan my mil,sil n family dia dan seorang lagi couple yang baru berkahwin iaitu my sil punya anak.Ramai tuuuuu....duduk dalam satu apartment 3bilik.
Memang la seronok sebab dapat berkumpul dengan keadaan yang agak bersesak2 gitu...ni betul2 pergi bercuti...mil sediakan rendang ayam 5ekor,sil perap ayam lagi 4ekor untuk digoreng makan tengahari,malam tu pulak my hubby pulak beli ayam kfc 57 ketul dan 20keping roti canai...fuhh...tapi roti canai tu tak laku malam tu forward untuk bf esok.....licin...

Tuesday, May 12, 2009

...sambil-sambil ke Tangkak tu...

Salam pada semua rakan2 forem juga pengunjung blog ini... Alhamdulillah sekali lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dapat la sekali lagi aku ber n3 kan di ruangan ini.Sejak kebelakangan ini memang agak bz sesangat mana menghantar anak2 ke sekolah,melayan diri sendiri yang tak beberapa sehat,melayan anak2 yang demam yang kekejap on off-on off, sambil2 tu pulak nak buat kenduri bacaan tahlil serta doa selamat sikit untuk anak.Sebab tu la yang tak dapat selalu nak OL kat myr forem dan yang kat seangkatan dengannya...blog sendiri pun lama ditinggalkan...

Actually,semalam aku pergi menghantar anak no 2 yang mendapat tawaran belajar di Metrikulasi Tangkak.Kita orang pergi bertiga jer termasuk la seorang kakak aku tu.'Beg2 tangan' yang kecik2 semuanya tinggal.Afiff diminta cuti sehari untuk menjaga adik2 serta kakaknya Hubby ku tak dapat pergi sebab ada kerja2 yang tak dapat dielakkan.Kita orang naik kancil jer sebab jalan mungkin sesak dan kalo nak parking pun rasanya senang kalo dengan kancil,boleh squeeze2...tapi walopun dekat Tangkak cuma,sakit2 jgk pinggang aku drive sorang2,ye la paling laju pun takat 90-100/Kmj.Tapi kalo bwk Nazaria 110-125/kmj takde hal punya...

Aku bertolak dalam pukul 9pg gitu.Dalam pukul 10 lebih kita orang singgah kat claytan untuk cuci2 mata sikit.Rayau punya rayau di setiap ruang kat situ ternampak seorang mamat tu begitu asyik sangat membelek2 benda2 yang ada kat situ.Tetonggeng2,menceceh2 peluh dia aku tengok.Aku buat tak reti jer kat dia,tapi kakak aku tu berbual atau bertanya sesuatu kat dia,aku dengar jer...mamat tu kata dia dok kat kulai,aku menyampuk kat Sedenak ke?..a ah katanya.Dari cara dia memilih dan membelek2 barang kat situ naluri ku tetiba berkata..ni tentu cmg.Memang betul!...yang aku jumpa ni memang cmg...Pertemuan yang tak disangka dan tak dirancang...kan mat kan...?

Lebih kurang 1jam kat claytan tu,kemudian aku meneruskan perjalanan.Kira2 pukul 1.30tgh kita orang sampai di kolej tu.Selesai menguruskan pendaftaran dan segala urusan2 yang berkenaan dalam pukul 4.45ptg kita orang pun balik.Sebelum tu sempat jugak singgah di Ayer Hitam untuk sekali lagi cuci2 mata.Capai la 2-3 barang yang ada kat situ,antaranya bekas bawang.Lebih kurang dalam pukul 7mlm aku meneruskan perjalanan pulang,Alhamdulillah selamat sampai di rumah pukul 8.30mlm.Sehari tinggal kan rumah dan anak2 yang kecik,maklumlah keadaan rumah cammaner...tapi takpe Insyallah esok masih ada...esok nak pergi sekolah lagi niiiii...rutin....




...antara persiapan majlis tahlil dan doa selamat

...ni la bekas simpan bawang







...antara yang sempat dicapai kat claytan dan Ayer Hitam

Friday, May 1, 2009

Nasi ayam resepi CMG

BAHAN NASI AYAM :
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 liter sup ayam (resipi sup dibawah)
2 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar minyak masak
2 camca besar margerine
Garam secukup rasa

BAHAN SUP AYAM :
500 g ayam, dipotong kecil
1 kiub pati ayam "Maggi"
2 sup bunjut Adabi
1 pokok daun sup, potong kasar
1 1/2 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
1 kayu manis*1 kuntum bunga lawang*3 biji buah pelaga*5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji
1 biji kentang besar, didadu besar
2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2
1 camca teh lada serbuk lada hitam
Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :
4 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 cawan air
2 keping hirisan nipis halia
4 camca besar cuka makan
3 camca besar gula perang (gula pasir pun boleh)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan timun
Hirisan tomato
Daun salad

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK SUP AYAM
Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam.
Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi).
Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu.
Sesuaikan rasa dan matikan api.

UNTUK NASI AYAM :
Panaskan minyak dan margerine dalam kuali hingga cair.
Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan tadi, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap.
Gunakan api sederhana.
Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker.
Tuang sup ayam tadi (elok, ditapis sebelum menuang ke dalam beras).
Masak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi masak, gemburkan.


Kisar cili merah, cili padi, tomato dengan 1 cawan air hingga halus.
Tuang ke dalam periuk, masukkan cuka, gula, garam dan halia.
Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu.
Hidangkan bersama nasi ayam dan bahan lain.....Selamat mencuba!!!!