Pada 21 Januari 2009 (Khamis) yang lalu, PDK Pekan Nanas telah mengadakan majlis sambutan harijadi pelatihnya. Sungguh meriah walaupun sederhana.
Pelatih sungguh gembira kerana dapat berkumpul dan makan bersama rakan-rakan mereka. Menu utama, nasi ayam disamping juadah-juadah yang lain seperti cheese cake, dadih dan buah-buahan yang disumbangkan oleh komuniti PDK Pekan Nenas dan ibubapa.
Sikap AJK Komuniti PDK Pekan Nanas yang sangat mesra OKU patut menjadi contoh kepada PDK-PDK yang lain. PDK tidak harus digunakan untuk keuntungan diri dan kepentingan politik peribadi. Sebaliknya kitalah yang patutnya menyumbang tenaga dan wang ringgit kita sendiri untuk faedah dan keperluan pelatih dan PDK.
Walaupun ada di antara pelatih-pelatih ini telah tidak lagi hadir ke kelas harian kerana telah bekerja tetapi mereka sekali sekala datang juga ke PDK Pekan Nanas ini untuk berjumpa rakan-rakan dan guru di sini.
Yang menariknya, guru dan AJK komuniti PDK Pekan Nanas ini, mereka bukan sahaja mesra OKU tetapi juga tidak pernah memotong elaun pelatih dan tidak mengutip apa-apa bayaran yuran dari pelatih.
Mereka sangat memahami masalah dan beban yang ditanggung oleh pelatih OKU ini dan ibubapa mereka.
Layanlah gambar-gambar suasana pada majlis tersebut.
Saturday, January 23, 2010
Sambutan Harijadi di PDK Pekan Nanas
Posted by Leyza at 8:31 PM
Labels: OKU, PDK, Pekan Nanas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment