
Jom makan lopez petang ni...tapi ingat! jangan tanya resepinyer sebab lopez ni beli bukan buat ea...
Tuesday, October 27, 2009
...minum petang
Posted by Leyza at 12:21 AM 2 comments
Monday, October 26, 2009
kek lapis lagi...

Mood tengah rajin ni,tu yang dok melapis selai2 kat depan oven.kalo x,dah cari bantal dah...bukannya xde keje,nak ikutkan banyak pun keje tapi mungkin sebab minat kot.Kek ni yang warna kuning tu aku buh perasa oren,yang hijau tu perasa pandan dan yg macam purple2 tu aku buh perasa blueberry.layan la x mabuk punyer....
Posted by Leyza at 11:22 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Jamuan hari raya di Jab.Keb.Masyarakat J.Baharu



Pada hari khamis 15hb yang lepas,anak aku Firjani dapat jemputan jamuan hari raya anjuran pejabat kebjikan masyarakat negeri Johor.Beberapa PDK yang terpilih turut hadir bersama guru2 PDK masing2.Jamuan diadakan dalam pejabat tapi memang meriah walopun besempit2...
Posted by Leyza at 10:34 PM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
sambung ambil tempahan cistat...
Posted by Leyza at 9:56 PM 0 comments
Last marhaban...
Pada hari jumaat yang lepas majlis marhaban berakhir di rumah aku.Lebih kurang 2minggu lebih xtvt2 marhaban dan ziarah berlangsung.Macam2 ragam dan kerenah makcik2 ni semua,maklum bila dah berkumpul tu ada yang tak kering gusi dibuatnya.Sambil2 tu kita orang membincangkan juga majlis penutup marhaban iaitu pada hari rabu nanti.Persiapan masak memasak dibuat secara gotong royong.Selain tugas mengambil gambar,aku diminta untuk menyediakan dessert atau agar2 kelapa muda.
Posted by Leyza at 8:24 PM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
Bawa anak2 pergi swimming...








Petang tu Cekpah cal tanya samada boleh tak tolong hantarkan anak2nya g kelas swim.Kebetulan masa tu xde pe2 nak buat so aku setuju lah sambil2 tu boleh lah aku merehatkan minda aku yang agak beserabut pada ketika itu.Aku bawa Zetty dan Danniel sekali.Lebih kurang 2 ke 3jam bebudak tu berendam,sonoknya mereka tu semua.Akupun rasa macam nak berendam sekali kalo boleh.Selesai mandi2 bebudak tu gaduh rasa lapar pulak,maklum lepas berendam.Lalu Cekpah cadang bawa bebudak tu makan kat restaurant Agus.Kita orang oder roti tisu,nasi lemak ayam,mi hoon tomyam dan nasi ayam penyet.Licin...Cekpah yang belanja...thanks Cekpah,nanti nak g mana2 bagitau la boleh aku hantarkan....
Posted by Leyza at 7:46 AM 0 comments
Telatah makcik2 Jln Meranti semasa marhaban...

kak senah bagi berkat serunding daging...rugi sape2 yang tak datang rumahnya...

Sofi Jane duta brooch dari buah jambu...
Puan Salbiah tukang promosi....



Posted by Leyza at 7:11 AM 0 comments







