Thursday, December 10, 2009
Wednesday, December 9, 2009
Projek cis kek...
ha...yang ini untuk jiran sebelah...

projek cis kek ni sebab nak menghabiskan cis yang lebih aritu.tau2 jer la cis ni bukan boleh tahan lama.nak beli yang pek kecik takut xcukup pastu harganya mahal,tu yang beli BESAR PUNYER.tup2 xhabis2 lagi dr raya aji tu ari.daripada aku sedekahkan kat en Tong Sam Pah baik aku merajinkan diri aku ini dan sedekah kat orang lain...

Posted by Leyza at 10:41 PM 3 comments
...akhirnyer,akhirnyer aku berjaya jugak memiliki bm ni setelah byk kali berfikir samada nak beli atau sebaliknyer.aku memang xde pengalaman dalam bidang membuat roti ni,tapi oleh kerana nafsu orang pompuan ni yang dah terjebak melihat orang ni orang itu buat roti aku pun numpang sekaki untuk cuba2 buat roti.walopun dah dh 4hari mende ni dok dlm kotak tu,br semalam aku kuarkan.tapi belum pecah dara lagi,hehe.cadangnya hari ni nk cuba kan arini ari khamis mlm jumaat,sok dh boleh wt sarapan.tapi xpasti lagi roti apa yang mula2 akan aku kuarkan...tungguuuuuuuPosted by Leyza at 10:21 PM 0 comments
Monday, December 7, 2009
Cerita raya aidiladha...
Aku sekeluarga tengah sonok2 masak lemang ngn rendang di kampung...
Antara tempat yang digeledah kat master bedroom...
kat bilik bawah pun dia singgah,habis dia geledah gak...
Cara dia masuk mengikut pintu belakang...
sebelum kami pergi dah kunci pun pintu ni malah disendal pulak lagi...
...bila balik sedar2 dah bergalih kayu penyendal ...Pada hari rabu 25Nov 2009 yang lalu aku menyambut raya haji di kampung.Lebih kurang 5hari dok kat kampung.Macam biasa bila beraya di kampung mil buat lemang dan rendang.Aku tolong la sikit2.Dalam pada tu tak sangka pulak rumah aku dimasuki orang.Tapi syukur lah tiada barang2 yang berharga hilang.Cuma duit raya bebudak dan sebentuk cincin saja yang lesap...
Posted by Leyza at 4:07 AM 0 comments
Minum petang arini...
Petang ni minum petang buat curry puff digandingkan dengan secawan nescafe.Kira berat jugak tu.Kalo boleh tahan malam kang tak yah makan nasi.Ini sebenarnya resepi cik mat gebu.Dah lama copy paste kat blog ni tapi baru sekarang dapat buat.Bahan pastry dh lama dok dalam fridge tu dekat setengah tahun ada tu...ni terlanjur nak buat karipap untuk esok aku cuba resepi cmg ni dulu.Kalo tak tak jugak nak buat inti curry ni,memandangkan daging korban berkilo2 dalam fridge tu maka aku gagahi juga untuk buat karipap ni esok.Posted by Leyza at 2:10 AM 1 comments
Thursday, December 3, 2009
Majlis Anugerah jugak...
Firjani menerima cenderamata jer sebab masih tak cemerlang...huhuhu
Antara yang menerima cenderamata...
En Thambi Omar pengerusi dan petugas2 PDK begitu menonjol sekali bila mengadakan majlis2 seperti ini...
Dato'Aziz Sapian memberi ucapan...dapat kah beliau ni memahami apa yang diperkatakan dan memahami apa sebenarnya yang kami lalui bersama anak2 istimewa ini...?
Antara jemputan yang hadir...
Mohd Hakim kawan Firjani yang hyper nampak happy jer...
Firjani releks jer,anugerah pun anugerah la...Semalam di PDK Tun Aminah mengadakan majlis Anugerah Cemerlang untuk pelatih2nya.Tak tahu lah aku apa yang cemerlangnya.Yang aku tahu bebudak ni semua yang dianugerahkan memang bebudak yang tidak bermasalah sangat seperti anak2 aku yang 2 ni,Fara Nabila dan Fathi Firjani.Aku kata begini bukanlah disebabkan anak2 aku tidak dicalonkan sebagai penerima anugerah itu tapi aku cakap apa yang aku nampak.Sebenarnya 2 orang anak yang "teristimewa"aku ni memang merupakan "anugerah" yang tidak ternilai dengan apa2 pun kat dunia ini.Aku redha di atas apa yang Allah kurniakan pada aku dan keluarga....(macam nak masuk slot yg sedih jer aku ni...)...takpela,aku nak juga luahkan di sini sebagai melepaskan kegembiraan aku dan kesyukuran aku padaNYA.Firjani...sejak kebelakangan ini banyak yang ketara aku nampak ada pada perkembangannya.Dia semakin aktif dari terbaring sekarang ni dah pandai duduk dengan sendirinya.Lepas tu bejalan sambil duduk(orang kata mengengsot?) ha dah merata satu rumah dia wt tawaf.Turun katil pun dah pandai.Dari tak pandai nak berdiri dah mula nak berdiri .Sesekali tu dia naik sendiri atas sofa.Dan yang paling aku suka sekali sekarang ni dia dah pandai tepuk tangan(pok amai-amai).Gembiranya aku tak terkata.Mungkin pada orang lain "benda2" seperti ini apa la sangat,tapi pada aku itu juga satu kemajuan atau anugerah.(..kali ni cakap pasal anugerah jer...)...takpe la Firjani,mungkin cikgu2 dan pengerusi tak nampak mende2 tu semua untuk nak dinilaikan dan diberi anugerah pada majlis aritu tapi ibu tetap menganugerahkan Firjani dan Billa sebagai "Anugerah Dunia Dan Akhirat" buat kami sekeluarga...

Posted by Leyza at 5:51 PM 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






