
Jom makan lopez petang ni...tapi ingat! jangan tanya resepinyer sebab lopez ni beli bukan buat ea...

Mood tengah rajin ni,tu yang dok melapis selai2 kat depan oven.kalo x,dah cari bantal dah...bukannya xde keje,nak ikutkan banyak pun keje tapi mungkin sebab minat kot.Kek ni yang warna kuning tu aku buh perasa oren,yang hijau tu perasa pandan dan yg macam purple2 tu aku buh perasa blueberry.layan la x mabuk punyer....
Pada hari jumaat yang lepas majlis marhaban berakhir di rumah aku.Lebih kurang 2minggu lebih xtvt2 marhaban dan ziarah berlangsung.Macam2 ragam dan kerenah makcik2 ni semua,maklum bila dah berkumpul tu ada yang tak kering gusi dibuatnya.Sambil2 tu kita orang membincangkan juga majlis penutup marhaban iaitu pada hari rabu nanti.Persiapan masak memasak dibuat secara gotong royong.Selain tugas mengambil gambar,aku diminta untuk menyediakan dessert atau agar2 kelapa muda.








Petang tu Cekpah cal tanya samada boleh tak tolong hantarkan anak2nya g kelas swim.Kebetulan masa tu xde pe2 nak buat so aku setuju lah sambil2 tu boleh lah aku merehatkan minda aku yang agak beserabut pada ketika itu.Aku bawa Zetty dan Danniel sekali.Lebih kurang 2 ke 3jam bebudak tu berendam,sonoknya mereka tu semua.Akupun rasa macam nak berendam sekali kalo boleh.Selesai mandi2 bebudak tu gaduh rasa lapar pulak,maklum lepas berendam.Lalu Cekpah cadang bawa bebudak tu makan kat restaurant Agus.Kita orang oder roti tisu,nasi lemak ayam,mi hoon tomyam dan nasi ayam penyet.Licin...Cekpah yang belanja...thanks Cekpah,nanti nak g mana2 bagitau la boleh aku hantarkan...